Ha.. tadi aku post tips2 nak hilangkan marah... skang ni aku nk bagitahu cara-cara atau apa yang patut kita lakukan apabila kena marah.. hehehe...
Dalam bahasa skemanya.. tips2 menghadapi orang yang sedang marah... Tujuan aku post mende ni sebab skang ni orang-orang yang dah cerdik ni... ( budak2 U..) selalu sangat memperbesarkan apa yang kecil atau remeh... kadang-kadang boleh sampai gaduh dan tak bertegur sapa... apa la.. belajar tinggi2.. tapi otak sempit.. (marah ni...)
Dah la.. aku malas nak melalut buat kali kedua... ni dia tips2 menghadapi orang yang sedang marah...
1. Diam dan perhatikan apa yang diucapkan
Orang dalam keadaan marah akan melontarkan apa saja yang ada dalam benaknya, ibarat muntahan lahar gunung berapi. Diam dan dengar apa isi lontaran kemarahan tersebut, renungkan sesaat, dan jangan ambil tindakan apapun, kecuali orang tersebut mula menyerang kita terlebih dahulu. Kalaupun ada tindakan lebih kepada membela diri, bukan menyerang orang tersebut.
2. Cari punca kesalahan
Setelah mendengar lontaran kemarahan orang tersebut, cari punca kesalahan, adakah punca pada diri kita atau pada orang tersebut. Bila kesalahan terjadi pada diri kita, segeralah minta maaf setelah orang tersebut selesai melontarkan kemarahannya, kemukakan alasan secukupnya, tidak perlu penjelasan yang panjang.
Namun apabila kesalahan terjadi pada orang marah tersebut, kita juga tidak perlu mudah terngadah. Dengarkan dahulu, setelah suasana tenang, baru kita jelaskan bahawa kita tidak bersalah, melainkan pada situasi yang tidak memungkinkan, jangan langsung menyalahkan yang bersangkutan.
3. Selesaikan Masalah Sendiri atau Melalui Pihak Ketiga
Apabila situasi memungkinkan, selesaikan masalah dengan segera, agar tidak menimbulkan beban pada diri kita atau bagi orang yang sedang marah tersebut. Kalau boleh selesaikan dengan segera agar tidak membebankan fikiran. Jika masalah itu sukar untuk diselesaikan, ajaklah pihak ketiga atau orang yang bersangkutan, serta memiliki kewibawaan dan dihargai oleh kedua belah pihak. Biarlah pihak ketiga yang menjelaskan persoalan sebenar dan menerangkan punca permasalahan kepada kedua belah pihak. Selesaikan dengan sebaik mungkin.
4. Tinggalkan
Apabila masih tidak selesai juga, walaupun melalui pihak ketiga, sebaiknya tinggalkan dan hindari sahaja orang tersebut. Cari kegiatan atau pekerjaan lain yang tidak berhubungan langsung dengan orang tersebut. Buang jauh-jauh masalah tersebut dan jangan lagi muncul dalam fikiran kita. Fokuskan perhatian pada masa depan, tidak perlu menoleh ke belakang lagi.
5. Serahkan kepada yang Berwajib (jika perlu)
Apabila masalah tetap berlanjutan dan situasi semakin panas, bahkan cenderung untuk membahayakan keselamatan diri dan keluarga kita, jalan terakhir adalah melapor dan minta perlindungan kepada pihak yang berwajib, dalam hal ini adalah polis atau pentadbir setempat. Jangan sekali-kali kita selesaikan secara fizikal.
Aku rasa cukup setakat itu jela tips2 yang berguna kepada semua orang tak kira lapisan umur...
Babai...