Figura Hatiku....

Ahad, April 26, 2009

2-7-8... Aku Takkan Melupakanmu...

Inilah dia muke2 yang terpahat dalam hati aku buat selama-lamanya...


Akhirnya angan-angan aku untuk menjalankan aktiviti bersama rakan-rakan serumah aku dapat direalisasikan juga (fuh.. skemanyer ayat aku nih..) terus terang lah aku cakap aktiviti inilah yang buat aku gembira sangat-sangat sepanjang perjalanan hidup aku dalam sem ni...
Pada hari Sabtu 25 haribulan 4 2009, aku dan kawan serumah ku yang terdiri daripada wan, nuar pian, daus, ngan nas telah ke Sungai Samak (salah satu tempat yang best di Tanjong Malim) untuk mandi sungai...(seronok mandi sungai)... kami semua ada 8 orang tapi 6 orang je yang pegi...yang lain semua sibuk ( Leno pegi tengok bola Selangor lawan Kelantan Final piala F.A & Syed pulak ade meeting ape ntah...aku pun tak tau)...
Tapi tak kisah lah, janji aku dapat jugak mandi sungai..(hehehe 2 lah sebenarnyer tujuan aku...)


















Perjalanan yang memenatkan....




Kami berjalan melalui Ladang kelapa sawit yang dekat dengan kolej kami... (Jungle Trekking dulu) setelah hampir sejam kami jalan akhirnya tiba jugak ke destinasi yang ingin dituju...(yeye boleh mandi sungai..) tanpa membuang masa lagi aku terus terjun (tapi sebelum tu, aku salin la pakaian dulu...) aku dah tak peduli dah kawan-kawan yang lain, janji keinginan aku dipenuhi (kereknyer la aku ni)



berehat sebentar bersama jajan dan maruku....(maaf gambar ini telah terlepas daripada tapisan lembaga penapisan filem Malaysia...)


Tapi kali ni air sungai samak deras giler.. penat aku berenang tapi tak gerak2...(ada hati nak ganti michael Phelps...) kami sangat kepenatan ketika bermain air...inilah antara aktiviti yang mampu kami lakukan...




setelah banyak kali mencuba, akhirnya krew kami dapat juga berdiri secara beramai-ramai dalam air ni...

Aku akui memang ni lah aktiviti yang paling seronok bagi aku... aku hepi sebab aku ade kawan serumah yang jelekit antara satu sama lain... hubungan kami mengalahkan hubungan adik beradik... aku sangat bertuah mempunyai kawan serumah seperti mereka...(terharunya aku...Ish...Ish..) dah puas aku main air... tepat pukul 6 petang kami pun balik kolej...sekali lagi kami terpaksa berjalan (penay giler...) tak kisah lah ape pon...yang penting aku dan kawan-kawan hepi... tapi sebelum balik sempat lagi kite orang pose kt sungai....



kamilah yang paling jelekit antara satu sama lain....


Kalau boleh aku nak tunjuk semua gambar yang aku ambil masa pegi sana, tapi aku rasa gambar yang aku post ni pun dah cukup untuk tontonan umum dan gambar ni pon dah tunjuk betape akrabnya kami serumah... walaupun berlainan kos, kami tetap rapat... kami makan sama-sama, solat sama-sama, sume lah yang kami buat selalunya bersama-sama mandi dalam bilik air je tak sama-sama (hehehe,,, faham-faham sendiri lah ek..) Sebenarnya, apa yang aku ingin sampaikan ialah, kita jangan lah bersikap sombong diri dengan rakan serumah... kita kene set kan dalam fikiran kita, kawan-kawan serumah dengan kita umpama adik beradik kita sendiri... jangan lah ada pilih kasih antara satu sama lain walaupun kawan serumah kita tu berlainan bangsa dan agama... (wah... ucapan yang paling hebat yang pernah aku luahkan...) Akhir kata... majulah sukan untuk negara... roger and out....

2 kata-kata tak puas hati:

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil berkata...

uik alfa,

dah jadi mini album dah neh.
hehehe.

best ooo.
tak ajak aku pon

deish3.

firdaus berkata...

wahhh..terharu ak ngan luahan ati ko...bgus3...
nk g sklai ag...

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
| Top ↑ |