Figura Hatiku....

Rabu, Disember 09, 2009

Bila Kita Marah....

Aku ada membelek satu buku... buku ini bukannya buku ilmiah sangat dan aku tak suke baca buku yang ilmiah... tapi buku dapat menyampaikan mesej yang sangat berkesan ke dalam hidup kite... ( ceh wah.. macam promoter je aku nie...) dan aku boleh buat kesimpulan,BUKU ILMIAH TIDAK SEMESTINYA DAPAT MENYAMPAIKAN MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN KEPADA PEMBACA...( statement tu.. hehehee....) jadi di sini aku ingin menyampaikan la sedikit sebanyak tentang cara-cara untuk mengendalikan AMARAH...



Jap ek.. aku bace balik buku 2... (hehehe.. dah terlupe la...)ha.. ini dia...

Rasul kita... Rasul Muhammad S.A.W, pernah bersabda... " MARAH ADALAH AWAL SEGALA KEBURUKAN ". Oleh sebab itu, kita ni janganlah mudah melenting apabila ditegur ke dimarah ke ataupun di kutuk... itu semua bukan sebab ingin memalukan sesiapa, tapi ingin membantu sebenarnya... dalam berkawan, kita haruslah terapkan nilai yang baik terhadap kawan kita, walaupun kita tak pernah dianggap baik... ( hehehe.. luahan hati tu... ) Jadi sebelum aku melalut tak tentu pasal.. baik aku sambung balik apa yang sebenarnya aku ingin kupas...

Rasulullah mengajarkan umat islam beberapa perkara agar dapat menahan kemarahan... Antaranya ialah...

1- Selalu melatih diri untuk menahan marah. Orang yang kuat dan hebat adalah orang yang dapat menahan amarahnya... ( hadis riwayat Bukhari Muslim )
2- Berwuduk. Marah itu dari syaitan yang diciptakan daripada api. Jadi api lawannya ialah air. So, faham2 sndiri lah ek...
3- Apabila kita berasa ingin marah dan ketika itu kita sedang berdiri, maka duduklah, dan jika sedang duduk, tidurlah miring. Hal ini kerana untuk mendekatkan diri kita dengan tanah supaya kita sedar bahawa kita ini berasal daripada tanah dan kita ini tidak patut berasa angkuh dengan apa yang kita ada...
4- Berdiam diri. Ini kerana, bertindak balas akan mengeruhkan keadaan... ( ada faham...)
5- Berfikir tentang keutamaan orang yang menahan marah dan bersikap arif kepada orang lain
6- Meminta perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari tipu daya syaitan

Jadi kesimpulannya... jika ingin marah, fikirlah dahulu adakah kita patut marah... dan fikirlah layak kah kita untuk memarahi orang lain...
Fikir-fikirkanlah...

5-

1 kata-kata tak puas hati:

handhalah ibnu kamil berkata...

aku setuju.
manusia itu tak sempurna serba serbi.
nasib ada kawan yang sering memberi nasihat. :)

moga apa yang lahir dari lidah terserlah dari peribadi dan tingkahlaku.
orang hormat kita daripada tingkahlaku dan ilmu kita.
moga ia diamalkan. :)

terima kasih.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
| Top ↑ |